Monday, May 17, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU..

Selamat penganti baru kepada cikgu Mat drp gelanggang taman Seri Permai..
Semoga kekal abadi hingga ke anak,cucu...

Sunday, June 21, 2009

Gelanggang Baru

Gelanggang yang baru dibuka untuk aktiviti silat, di belakang Taman Pulai Jaya, Alor Star. Aktiviti gotong-royong telah dijalankan pada petang kelmarin dan hari ini. Ramai yang telah menghadirkan diri, antaranya Cikgu Fauzi, Cikgu Mat, Cikgu Iman, Cikgu Zul, Cikgu Iman Kecik dan ramai lagi. Lokasi baru ini adalah tidak jauh dari Gelanggang Taman Permai.



Monday, May 11, 2009

Datuk Meor Abdul Rahman

Datuk Meor Abdul Rahman


Darah yang mengalir di dalam batang tubuh Meor Abdul Rahman adalah darah Bugis yang diwarisi daripada Daing Kuning, seorang pendekar terbilang pada penghujung abad ke-18. Daing Kuning atau lebih dikenali dengan gelaran Panglima Hitam adalah salah seorang daripada tujuh beradik anak raja Bugis berasal dari Makasar, Sulawesi, yang sangat-sangat ditakuti dan dihormati di seluruh Makasar, Riau, Siak dan juga pulau-pulau Melayu yang berhampiran, kerana kegagahan dan keperkasaan mereka yang tiada tolok bandingnya ketika itu. Ketujuh-tujuh beradik ini, Daing Jalak, Daing Celak, Daing Merawak, Daing Mempawah, Daing Telani, Daing Pelangi dan Daing Kuning telah belayar meninggalkan tanah Bugis untuk mencari tapak penghidupan baru. Mereka telah menjelajah ke serata kepulauan Melayu bagi mencari kawasan penempatan yang sesuai menurut firasat masing-masing.

Dalam tahun 1813, anak-anak Raja Bugis ini telah mendarat di Kuala Larut. Tempat persinggahan mereka dikenali sebagai Pangkalan Alur atau Relur Tujuh(kini dikenali sebagai Ayer Kuning). Hanya Daing Kuning yang terus menetap di Relur Tujuh dan bertapa di situ(gua tempat pertapaan Daing Kuning masih lagi wujud dan terletak di Bukit Larut). Saudara-saudara Daing Kuning yang lain telah meneruskan pelayaran dan berpecah ke seluruh Tanah Melayu, mengikut firasat masing-masing. Daing Kuning terkenal dengan kemahirannya bermain senjata sundang lipas. Kedatangan orang-orang Bugis ke Tanah Melayu ini telah memperkuatkan struktur kesultanan Melayu. Melalui bantuan kuasa Bugis, ketuanan raja-raja Melayu telah dapat dinobatkan kembali.

Hasil perkongsian hidup Daing Kuning dengan seorang puteri Raja Pattani, beliau telah dikurniakan seorang putera yang kemudiannya dikenali dengan panggilan Penghulu Che’ Ngah Tambah(Daing Kuning meninggal dunia pada tahun 1875 di Taiping, Perak). Penghulu Che Ngah Tambah ialah orang yang membuka daerah Matang dan telah dilantik oleh Sultan Perak sebagai salah seorang Orang Besar Lapan.

Monday, May 4, 2009

Silat Pusaka Gayong

Silat Pusaka Gayong telah bergerak di bawah Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayung yang telah ditubuh dan didaftarkan pada tahun 1978. Pengasas-pengasas utamanya ialah Allahyarham Tuan Hj Yusof bin Salleh dan Abdul Majid Mat Isa. Tn. Hj. Yusof ialah Pengerusi pertama pertubuhan ini dan Abd. Majid ialah Pengasas, Guru Utama serta Pengarah guru-guru dan jurulatih pertubuhan ini. Pertubuhan ini menggunakan Silat Gayung sebagai mata pelajaranya.